Kandungan : Mineral Oil, VCO, Fragrance, Green Cos
Code: TPOLO (Lelaki)
Code: THUGO (Wanita)
Saiz : 100 ml
RM35.00

MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT
Selama ribuan tahun minyak kelapa dara telah digunakan untuk membuat kulit halus, mulus dan memberikan banyak kilauan cahaya kepada rambut. Wanita Polinesia terkenal dengan kulit dan rambutnya yang indah walaupun didedahkan kepada cahaya sinar matahari yang panas dan wap angin laut setiap hari. Sebagai losyen kulit dan kondisioner rambut, tiada minyak lain yang dapat menandinginya. Minyak kelapa mempunyai tekstur krim alami yang berasal dari sumber sayur-sayuran dan bebas dari pestisida dan bahan kimia lain. Selain itu, minyak kelapa juga telah digunakan selama bertahun-tahun untuk syampu, krim dan produk-produk rawatan tubuh lain. Susunan molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan dan memberikan tekstur lembut halus pada kulit dan rambut. Ia membuat gabungan ideal untuk pemulihan kulit kering, kasar dan kereput.
RAWATAN RAMBUT

Minyak kelapa merupakan kondisioner rambut yang baik. Apa yang dilakukan minyak kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Para ahli kecantikan telah mengenali minyak kelapa dan berasa minyak ini sama efektifnya dengan kondisioner rambut di salon rawatan rambut. Mereka turut mengakui bahawa rawatan rambut dengan menggunakan minyak kelapa lebih menjimatkan kerana dapat dilakukan sendiri di rumah. Manfaat lain dalam menggunakan minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.
KELEBIHAN TONIK RAMBUT KELAPA DARA BIO-ASLI
• Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
• Menghapuskan kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.
• Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
• Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.
• Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur.
• Memberi keharuman aroma yang mempesona dan menyerlahkan gaya
Cadangan – Teknik Rawatan Rambut Gugur dan Bekelumumur
1. Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak.
2. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala. Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.
3. Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) Bio-Asli di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan MKD meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.
4. Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jgn gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh mnyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai. Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
5. Gunakan Tonik Rambut Bio-Asli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).
6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.

Posted in |

0 comments:

Borang Pesanan

Nama:
Item Code:
Handphone No
Email Address
Address
Payment Via: CIMB
MBB
Post Via Poslaju
Pos Express
Pos Biasa
Self Collection

free forms